Monday 24 October 2011

Kerja oh Kerja

Hari ni gua rasa suhu badan gua tak menentu. Sekejap panas, sekejap suam suam kuku, kadangkala sejuk seram. Mungkin sebab aircond tempat kerja gua yang sejuk macam suhu dekat Preswick kot. Takpun sebab harini gua dah nak kena masuk department baru gua. Rasa lain macam betul. Lutut pun mai ketaq kata orang utara.

Tepat jam pukul 1704, Team Leader department gua bawak jumpa Supervisor dekat floor. Time ni darah gua mengalir laju. Gua pun taktau kenapa rasa takut lain macam. Seperti pepatah Graeme Robinson budak Scotland merangkak trainer tempat kerja gua, dia cakap " If u are nervous, thats mean u care, no worries mate!". Bila teringat ayat mat salleh tu, terus gua buat gaya paling tenang setenang air di Tasik Titiwangsa. Muka Supervisor gua pulak memang muka mintak tapak saiz 7 1/2 UK. Itu yang pasti! Lagak macam dah kerja 56 tahun je.

Mentang-mentang gua budak baru dia jeling gua hujung-hujung mata dia je. Cilake betul!

Takpe-takpe, Lu tunggu! Jangan terkejut dengan kehebatan gua sudah. Ceepoodah!

Tuesday 18 October 2011

KISAH CABARAN HIDUP SEORANG JEJAKA USANG

Seperti biasa, hari Isnin memang hari paling malas bagi gua. Orang lain gua tak tau la macam mana. Malas gua nak ambik port. Sebab gua rasa malas time hari Isnin pun gua tak dapat nak kesan lagi kenapa. Hairan betei...

Setel gua sembahyang subuh, masa tu jam pukul 0628. Gua bersiap siap pakai baju kerja dengan gaya yang paling malas. Sekali sekala gua tenung muka ke cermin yang melekat gah di sudut kiri dinding bilik gua. "Kacak juga rupanya" bisik hati kecil gua.

Dengan gaya yang paling mantap, gua hidupkan enjin jentera gua sambil Malboro dari Arab melekat cantik dibibir gebu gua. Cuaca yang mendung pagi tu menyebabkan rasa malas gua nak mencari rezeki makin bertambah-tambah. Tapi gua steady je. Dengan keyakinan didada serta diiringi doa, gua teruskan niat suci untuk pergi kerja.

Ngam2 pukul 0800 gua punch card. Nasib baik sampai cun-cun kalau tak memang hangus elaun kedatangan gua.

Ketang Keting Ketung Ketang Keting Ketung. Pap! Pap! Pap! Pap!

Setel keje, time tu baru pukul 1709. Gua dah hepi tengok jam time ni. Ada lagi 21 minit je gua nak balik. Tetapi dalam kegembiraan pasti ada duka. Dengan secara tiba-tiba angin bertiup kencang. Kedengaran kilat sabung-menyabung dengan nada yang sangat garang. Awan menjadi gelap. Oh, tidak hari nak hujan!! Hati gua hancur berkecai Perasaan gembira gua berlalu pergi bersama angin yang bertiup kencang.

Pukul 1938 baru gua sampai rumah! Bab basah jangan cerita. Hampeh!!!

Saturday 17 September 2011

Keinginan manusia biasa


Suatu petang gua pekena suria sambil duduk di bangku halaman rumah gua. Fikiran gua slippery menerawang pada benda-benda yang tak berfaedah seperti selalu. Dalam kehidupan gua dan lu orang pada waktu boring, pernah tak lu orang rasa best dan kacak?

Tapi gua jarang-jarang je rasa macam tu. Gua selalu teringin nak jadi orang kaya yang baik hati. Hahaha

Thursday 15 September 2011

Cinta gila

"Peh dashat!" ayat yang sering disebut Samad apabila remote Astro berada di genggaman

Samad dan remote Astro memang tidak dapat dipisahkan. Kemana saja Samad pergi, remote Astro pasti digenggam erat dan kemas. Apa keistimewaan yang ada pada remote Astro hanya Samad saja yang tahu. Pak Leman iaitu ayah Samad mula hairan dengan perangai pelik yang dipamerkan Samad semenjak Astro mula dipasang di rumah mereka.Samad merupakan anak tunggal dalam keluarga.

Hari demi hari, perasaan cinta Samad kepada remote Astro semakin mendalam dan semakin ghairah!
Channel kegemaran Samad ialah 851. "Ish3. Pelik betul citarasa anak aku ni" bisik hati Pak Leman sambil mengelengkan kepala tanda kecewa.

2 minggu kemudian....

Samad telah disahkan mengidap penyakit mental akibat cinta yang sangat mendalam kepada remote Astro.

Friday 12 August 2011

Pil cerdik

Dua orang kanak-kanak bermain-main di kawaan padang rumput. Semasa melintasi selonggok ranting kayu, mereka terjumpa tahi arnab bersepah-sepah.

"Eh hapa ini, macam pil laa..."

"Oh...inilah Pil Cerdik. Sapa-sapa yang makan pasti akan menjadi cerdik."

Budak itu pun makan, "Erghk...rasa macam tahi la..."

"Haaa.. ngko sudah pun menjadi cerdik..Pandai beza yang mana satu tahi. Sebab aku tak tau nak bezakan yang mana satu tahi" kata budak yang satu lagi.

Surat

Seorang mahasiswa menulis surat kepada ayahnya yang berbunyi begini.

Ayah,

Saya merasa tidak selesa kerana terus menerus menulis surat kepada
ayah untuk meminta wang. Saya merasa malu dan sedih. Saya ingin
meminta wang sebanyak RM1000 daripada ayah, walaupun setiap bahagian tubuh saya memberontak. Saya meminta dengan tulus dari hati saya yang paling dalam, ayah maafkan saya.

Salam dari anakanda,
Sarip.

P/s: Saya merasa berat hati untuk mengirimkan surat ini, jadi saya
cuba untuk mengejar posmen yang mengambil surat ini dari dalam peti surat. Saya ingin mengambil kembali surat ini dan membakarnya, kerana surat ini pasti menyusahkan hati ayah. Saya berdoa dalam hati agar saya dapat semula surat ini, tapi sudah terlambat.
Beberapa hari kemudian dia menerima balasan surat dari ayahnya yang mengandungi ayat yang ringkas.

Kepada Sarip,
"Nak, doamu sudah dimakbulkan. Suratmu tidak pernah ayah terima"
Dari Ayahmu.

Tuesday 9 August 2011

Kenangan Ramadhan

Di dalam sebuah bilik asrama yang serba kucar kacir pada pagi Sabtu yang tenang, jam kaler hitam mati jenama G-shock di tangan Amin tepat menunjukkan 0350 pagi.

"Woi, korang nak sahur pukul berapa ni?" tanya Halim dengan nada tegas kepada geng geng lain yang sedang rancak bermain kad. (Zaman tu main kad sambil tunggu sahur jadi trend sekolah gua)

"Ala, tak gengster betul lu Halim. Lepak dulu, awal lagi ni. Gua baru nak fokus ni. Lepas lepas ni kita sahur la" jawab Taufik sambil menyusun kad di tangan.

Halim diam tanda setuju.

Setelah 50 minit berlalu cuaca malam makin sejuk di basahi embun dara pagi, permainan semakin rancak dan Halim semakin tidak keruan. Halim memang jenis tak gemar sangat main kad ni. Ayah dia marah katanya.

"Bila korang nak habis main benda bodoh ni?" suara Halim padu kali ni.

"Orait Halim, last game" gua balas simple.

*******

5 minit kemudian, kami mengatur langkah ke dewan makan. Muka Halim time ni macam budak tadika dapat cekelat. Dalam perjalanan, sempat juga Amin dan Taufik meletupkan mercun bola sebagai kejut sahur kepada budak budak lain. Peh! Mulia betul kejut orang bersahur.

Tiba di dewan makan, "Cilaka, mana budak junior ni? Kalau tak boleh mintak tolong ambik air" Taufik bersuara.

Macam biasa, kami terus beratur untuk mengambil nasi dan lauk sekali sekala potong Q. Muka makcik yang jaga lauk masa tu macam muka Godzila. Nasib baik ada kakak cun sebelah dia, semangat sikit nak beratur. Kahkah

Selesai melantak kami beransur ke bilik. Jam tangan Amin time tu pukul 0537 pagi. "Peh, dah nak imsak wei. Sempat lagi nak pelekat sebatang ni. Kalau dah imsak kejap lagi dah takleh isap. Apatah lagi kalau dah azan Subuh" jelas Amin sambil tersengih.

Fah! Fuh! Fah! Fuh! Fah! Fuh!

Setel isap rokok.

10 minit berlalu azan Subuh berkumandang memecahkan keheningan pagi.

"Syahdu betul azan Subuh ni kan?" gua berbicara sambil menyandar ke dinding.

"Betul!" Amin, Halim dan Taufik serentak.

Tapi pada masa yang sama, gua ada perasan muka Halim macam nak cakap benda. "Lu nak apa Halim? Lain macam je..." gua tanya.

"Gua bukan apa, entah lauk pukul berapa la makcik tu bagi kita makan kan.. Perut gua dah mula buat hal ni. Jenis gua kalau nak berak kena ada rokok..... Pinjam sebatang boleh?. Kehkehkeh" jelas Halim kelam kabut sambil buat muka mintak penendang.


"Bodoh betul Halim ni perangai macam setan!"



*Nama di atas adalah rekaan semata mata.









Power

Dia ni memang gua respek. Power betul main bola tak padan dengan tua.

Sunday 7 August 2011

Pesanan Ringkas

Di dalam kehidupan yang penuh dengan tipu daya dan onak berduri, manusia sanggup melakukan apa saja untuk meneruskan sisa sisa hidup demi kepentingan dan kesenangan di hari kelak. Macam macam jenis ragam dan aksi   manusia di dunia yang serba maju gila ni.

Kalau yang jenis makan sampah tu gua orait lagi sebab mungkin time muda muda dulu dia sorang budak Punk tegar. Yang jenis setan pun ada. Yang jenis macam ni memang gua tak tahu macam mana nak cerita.

Pandai pandai korang la nak tafsir macam mana.

Tapi gua respek dengan teknologi. Teknologi sekarang macam dah tak masuk akal. Henpon canggih canggih, komputer power power. Kadang kadang SMS pun percuma. Peh! Kagum betul.

********

Sejak kebelakangan ni, gua mula rasa kesunyian. Gua banyak habiskan masa mengelamun sendiri. Gua banyak melakukan aktiviti di rumah dari keluar melepak tak tentu hala. Dalam masa lapang ni tivi menjadi teman karib selain internet. Kadang kadang gua berSMS. 

BerSMS dengan makwe boleh buat kita rasa dunia ni kita yang punya. Sampai beratus ratus dalam inbox pun kita tak sedar. Indah macam makan aiskrim time tengah hari. Rasa macam Syamsul Yusof pun ada.

Tapi kalau di fikir balik, rare juga kalau makwe yang kita rancak berSMS tu bukan makwe kita. Ye dok? 

Kahkahkah.

 






 


Friday 5 August 2011

NASIB

Petang ni Khamis. Malam sikit pastilah malam Jumaat. Malam yang sangat di nanti nantikan anak muda di pelosok kota dengan seribu satu harapan. Bagi budak kampung macam gua aktiviti biasa akan di jalankan, baca Yassin berjemaah. Peh! Besar sungguh pahala. 

Malam yang makin gelap dan sunyi tetap gua tempuhi dengan mengatur langkah kecil ke pot taman untuk menghirup udara segar bersama Surya.

Sedang sedap gua menarik perlahan sedutan kelima kretek dari negara seberang ni, gua rasa ada getaran dalam poket kiri tanda pesanan ringkas masuk. 

"Woi, duk wak gapo tu? Snuker la jom kalau ada bran! Kalah bayar. " ringkas, telus dan padu SMS dari member gua. 

Gua balas ringkas "Orait. 5 minit sampai"

Dalam hati rasa berdebor juga sebenarnya, member gua ni bukan jenis yang boleh di ayam ayam.

*******

Dengan keyakinan di dada, mengiringi langkah gua terus memecut laju DAA ke tempat Snuker yang tidak jauh dari rumah.

Sampai di lokasi, dari jauh gua dengar jeritan manja "Aku ingat mu x mari. Haha." berserta senyuman sinis di lemparkan. Tapi gua buat kool ala ala Al Pacino. Gua balas dengan senyuman manis.  

Ketetak! Ketetak! Ketetak!

Setel 5 frame kami berentap dengan penuh emosi, gua seperti yang di jangka akan melemparkan senyuman yang paling manis ke member gua. 

Dengan nada tegas dan berbau kemarahan. Member gua sound tepat ke telinga gua....

"Ah....Lu menang NASIB!" 

Kahkahkah.

Thursday 4 August 2011

Sejuk.

Pakar gigi telah meramalkan suhu di Kubang Kerian pada ketika ini telah mencapai tahap suhu gigi sentitif. Panas betul! Gua mengesahkan ramalan pakar gigi ni. Rasa macam nak minum air sejuk je. Kehkehkeh.

2 Ramadhan 1432H

Tepat jam 0445 pagi, suasana di bandar Lundang menjadi bingit dan serabut tidak seperti selalu. Deringan jam dan demtuman mercun berlegar legar di ruang udara dikala malam masih mengibarkan layarnya.


Treeeettttt! Treeeetttt! Booooommm! 


Terdengar sayu sayu tangisan budak kecil di rumah jiran menambahkan lagi panas dihati. Cis!


Tanpa berlengah gua bangun dari tilam usang dan terus melangkah ke dapur dengan penuh harapan dan semangat untuk mengerjakan ibadat sunat yang dituntut.


Peh! Mengantuk tahap tuhan sahaja yang tahu.


Tapi gua teguhkan iman di hati. Sambil sambil mengunyah, sempat juga gua jeling ke tivi. Ada drama Melayu yang sedang di tayangkan.

*Stail sahur sambil tengok drama Melayu ni memang tengah up.

Selesai mengisi ruang ruang kosong di dalam perut, gua mengatur langkah ke pot taman untuk menghirup udara segar bersama Surya di tangan. Surya yang dibakar dengan nyalaan api dari Alladdin memang tidak pernah mengecewakan. Peh! Nikmatnya terasa. Alhamdulillah.




''Puasa di rumah memang tiada tandingannya"

Pengalaman pertama

Assalamualaikum. Peh! Berdebor juga menulis kat sini ye.