Sunday 23 June 2013

SAYANG TAPI TAK SAYANG SANGAT.

Totally bullshit. Gua kena game. Cilake! Tapi takpe, jadikan pengajaran.

KATA-KATA HANYALAH DUSTA.

Salam...

Kita hidup di dunia yang sementara ini untuk menjadi hamba kepada siapa? Cuba kita fikir balik.
Jangan sekadar mengejar cita-cita yang tiada penghujungnya. Manusia tidak pernah puas dengan apa yang ada pada mereka termasuk gua sendiri.

Gua sendiri pun ada cita-cita dan gua sedar yang gua sudah jauh terpesong dari landasan yang maha-Esa leka mengejar cita-cita dan cinta.

Cinta ni boleh buat orang jadi gila. Sebab tu orang kata cinta itu cinta gila.

Buat korang di luar sana, kalau ada sesiapa cakap dekat korang 'i love you'. Korang pergi bisik dekat telinga  dia dengan suara yang paling manja "penipu......"

Soundtrack from Manic Street Preachers - Motorcycle Emptiness.

Monday 24 October 2011

Kerja oh Kerja

Hari ni gua rasa suhu badan gua tak menentu. Sekejap panas, sekejap suam suam kuku, kadangkala sejuk seram. Mungkin sebab aircond tempat kerja gua yang sejuk macam suhu dekat Preswick kot. Takpun sebab harini gua dah nak kena masuk department baru gua. Rasa lain macam betul. Lutut pun mai ketaq kata orang utara.

Tepat jam pukul 1704, Team Leader department gua bawak jumpa Supervisor dekat floor. Time ni darah gua mengalir laju. Gua pun taktau kenapa rasa takut lain macam. Seperti pepatah Graeme Robinson budak Scotland merangkak trainer tempat kerja gua, dia cakap " If u are nervous, thats mean u care, no worries mate!". Bila teringat ayat mat salleh tu, terus gua buat gaya paling tenang setenang air di Tasik Titiwangsa. Muka Supervisor gua pulak memang muka mintak tapak saiz 7 1/2 UK. Itu yang pasti! Lagak macam dah kerja 56 tahun je.

Mentang-mentang gua budak baru dia jeling gua hujung-hujung mata dia je. Cilake betul!

Takpe-takpe, Lu tunggu! Jangan terkejut dengan kehebatan gua sudah. Ceepoodah!

Tuesday 18 October 2011

KISAH CABARAN HIDUP SEORANG JEJAKA USANG

Seperti biasa, hari Isnin memang hari paling malas bagi gua. Orang lain gua tak tau la macam mana. Malas gua nak ambik port. Sebab gua rasa malas time hari Isnin pun gua tak dapat nak kesan lagi kenapa. Hairan betei...

Setel gua sembahyang subuh, masa tu jam pukul 0628. Gua bersiap siap pakai baju kerja dengan gaya yang paling malas. Sekali sekala gua tenung muka ke cermin yang melekat gah di sudut kiri dinding bilik gua. "Kacak juga rupanya" bisik hati kecil gua.

Dengan gaya yang paling mantap, gua hidupkan enjin jentera gua sambil Malboro dari Arab melekat cantik dibibir gebu gua. Cuaca yang mendung pagi tu menyebabkan rasa malas gua nak mencari rezeki makin bertambah-tambah. Tapi gua steady je. Dengan keyakinan didada serta diiringi doa, gua teruskan niat suci untuk pergi kerja.

Ngam2 pukul 0800 gua punch card. Nasib baik sampai cun-cun kalau tak memang hangus elaun kedatangan gua.

Ketang Keting Ketung Ketang Keting Ketung. Pap! Pap! Pap! Pap!

Setel keje, time tu baru pukul 1709. Gua dah hepi tengok jam time ni. Ada lagi 21 minit je gua nak balik. Tetapi dalam kegembiraan pasti ada duka. Dengan secara tiba-tiba angin bertiup kencang. Kedengaran kilat sabung-menyabung dengan nada yang sangat garang. Awan menjadi gelap. Oh, tidak hari nak hujan!! Hati gua hancur berkecai Perasaan gembira gua berlalu pergi bersama angin yang bertiup kencang.

Pukul 1938 baru gua sampai rumah! Bab basah jangan cerita. Hampeh!!!

Saturday 17 September 2011

Keinginan manusia biasa


Suatu petang gua pekena suria sambil duduk di bangku halaman rumah gua. Fikiran gua slippery menerawang pada benda-benda yang tak berfaedah seperti selalu. Dalam kehidupan gua dan lu orang pada waktu boring, pernah tak lu orang rasa best dan kacak?

Tapi gua jarang-jarang je rasa macam tu. Gua selalu teringin nak jadi orang kaya yang baik hati. Hahaha

Thursday 15 September 2011

Cinta gila

"Peh dashat!" ayat yang sering disebut Samad apabila remote Astro berada di genggaman

Samad dan remote Astro memang tidak dapat dipisahkan. Kemana saja Samad pergi, remote Astro pasti digenggam erat dan kemas. Apa keistimewaan yang ada pada remote Astro hanya Samad saja yang tahu. Pak Leman iaitu ayah Samad mula hairan dengan perangai pelik yang dipamerkan Samad semenjak Astro mula dipasang di rumah mereka.Samad merupakan anak tunggal dalam keluarga.

Hari demi hari, perasaan cinta Samad kepada remote Astro semakin mendalam dan semakin ghairah!
Channel kegemaran Samad ialah 851. "Ish3. Pelik betul citarasa anak aku ni" bisik hati Pak Leman sambil mengelengkan kepala tanda kecewa.

2 minggu kemudian....

Samad telah disahkan mengidap penyakit mental akibat cinta yang sangat mendalam kepada remote Astro.

Friday 12 August 2011

Pil cerdik

Dua orang kanak-kanak bermain-main di kawaan padang rumput. Semasa melintasi selonggok ranting kayu, mereka terjumpa tahi arnab bersepah-sepah.

"Eh hapa ini, macam pil laa..."

"Oh...inilah Pil Cerdik. Sapa-sapa yang makan pasti akan menjadi cerdik."

Budak itu pun makan, "Erghk...rasa macam tahi la..."

"Haaa.. ngko sudah pun menjadi cerdik..Pandai beza yang mana satu tahi. Sebab aku tak tau nak bezakan yang mana satu tahi" kata budak yang satu lagi.